JANA PENDAPATAN SEBANYAK 5-ANGKA DENGAN CADEAU!

Bosan dengan rutin kerja 9-5 anda? Semakin ramai orang pada masa kini nampaknya tidak berpuas hati dengan pekerjaan terikat dimeja pejabat dan sebaliknya memilih untuk mencuba nasib di bidang keusahawanan.

Dengan semua cabaran yang mungkin anda hadapi, CADEAU ingin menawarkan tiket ke arah kejayaan, dengan syarat anda bersedia untuk bekerja keras!

Program Duta CADEAU membolehkan anda bekerja luar dari pejabat dan bahkan menjadi saluran pendapatan utama anda jika anda memilih untuk memberi tumpuan kepada perniagaan.

Tiada lagi pakaian formal yang tidak selesa, tidak lagi bangun pukul 5 pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas pagi, tiada lagi bos! Tentukan hala tuju kehidupan anda sendiri melalui program ini!

Apakah Program Duta CADEAU?

Ringkasan program ini adalah Pendapatan melalui Perkongsian (Earning through Sharing).

Kongsikan produk yang baik ini kepada rakan, atau keluarga anda. Bantu mereka untuk menyelesaikan masalah kulit mereka dengan dalam masa yang sama memperbaiki kehidupan mereka.

Melalui cadangan dari mulut ke mulut atau menerusi media sosial, CADEAU ingin memberi ganjaran kepada anda untuk perkongsian yang akan anda lakukan.

6 Faedah Program Duta CADEAU!

1. Jenama Premium & Dipercayai

CADEAU adalah jenama di bawah Maystar Beauty Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2011 dan dalam masa 7 tahun, ia telah menjadi salah satu pengedar penjagaan kulit terbesar di Malaysia. Dan kini, Maystar adalah pemilik beberapa jenama yang telah berjaya memasuki peruncit seperti SASA dan Guardian.

2. No Stock Keeping

Semua produk yang dipesan pelanggan anda akan dihantar oleh CADEAU. Hanya buat pesanan dan kami akan uruskan proses seterusnya! Dengan ini, anda tidak lagi perlu menyimpan stok dan menulis nota konsainan!

3. Disahkan Asli & Original

Produk boleh dijamin original kerana ia dihantar terus dari gudang CADEAU, menghapuskan kebimbangan membeli produk palsu.

4. Harga Produk adalah Tetap!

Anda boleh menjangkakan kawalan harga produk yang ketat dari CADEAU dan menghapuskan kebimbangan perang harga dengan pengedar lain.

5. Harga Ahli Terendah yang Terjamin

Walaupun produk CADEAU tersedia di jual di peruncit-peruncit terkenal, namun ahli-ahli CADEAU akan sentiasa dapat membelinya dengan harga yang lebih murah daripada harga runcit.

6. Produk Berdaftar (NPRA dibawah Kementerian Kesihatan)

Semua produk kami berdaftar dibawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara di bawah kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia. Anda cuma perlu menekan beberapa klik untuk mengesahkan pendaftaran kami di laman rasmi NPRA.

Bagaimana untuk Menyertai Program Duta CADEAU?

Dengan hanya yuran keahlian RM88 yang akan bertahan selama 2 tahun, anda akan mendapat 1 produk percuma dan juga 1 polisi Insurans bernilai RM10,000.

Katakan selamat tinggal kepada kehidupan kerja biasa anda dan mula untuk merangka perniagaan anda sendiri!

Dengan 8 cara saluran pendapatan, anda sedang dalam perjalanan ke kehidupan yang baru yang lebih baik.

CONTACT

+603-7887-0228

info@cadeau-beauty.com

ADDRESS

G-72-2, Zenith Corporate Park, Jalan SS 7/26, Kelana Jaya, 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

OPENING HOURS

Mon-Fri : 10:00am - 6:00pm

Sat,Sun,Public holiday : Close

© 2018 by CADEAU Beauty